Bengkel Blue Ocean Strategy (BOS) PPKM

bos1

Satu Bengkel "blue Ocean Strategy (BOS)" telah diadakan pada 26 dan 27 Oktober 2016 bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengajian Kej. Mekanik. Bengkel ini telah dijayakan bersama moderator jemputan Profesor Kehormat Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan yang mempunyai pengalaman luas dalam mengupas teknik 'BOS'. Didalam bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini semua kakitangan pusat pengajian terdiri daripada kakitangan Akademik dan sokongan terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju Pusat Pengajian pada masa hadapan.

DSC 0295webDalam bengkel yang berlangsung kakitangan yang terlibat dibahagikan kepada 4 kumpulan utama gabungan antara kakitangan akademik,pentadbiran dan teknikal, setiap kumpulan perlu mengenalpasti potensi yang boleh diketengahkan bagi memacu kecemerlangan Pusat Pengajian dari aspek Akademik, Penyelidikan dan hubungan Industri. Setiap kumpulan dikehedaki membentangkan hasil penelitian dan pembincangan mengikut sistem 'Blue Ocean Strategy' dengan dibantu oleh moderator dari masa ke semasa.

DSC 0311web

Bengkel ini telah berakhir dengan jayanya dimana beberapa Elemen atau Aspek telah dikenalpasti untuk digunapakai bagi memacu prestasi Pusat Pengajian mencapai kecemerlangan, Plan Strategik yang telah dipersetujui ini akan diperhalusi dan diberi penambahbaikan bagi dibentangkan kepada Naib Canselor yang baru.

bos 271016