Vehicle Safety Awareness Talk

proton

3 Mei - Satu Program Keselamatan Kenderaan oleh pihak Proton telah diadakan di Pusat Pengajian kejuruteraan Mekanik, USM. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Proton Holdings Sdn Bhd, Shah Alam bagi memberi kesedaran kepada pengguna kendeaan tentang kepentingan keselamatan kenderaan bagi meminimumkan risiko kecederaan dan kematian. Melalui program ini pihak proton telah menerangkan lebih lanjut tanda aras Asian NCAP dan keperluan keselamatan pada kenderaan yang perlu diketahui oleh pengguna apabila memilih kenderaan untuk dimiliki. 

DSC 0114web

Melalui program ini, pengguna telah diberi peluang melihat secara lebih jelas ciri-ciri keselamatan pada kendearaan dengan pihak Proton Holdings membawa model kereta yang dilengkapi ciri keselamatan Asian NCAP 5 Bintang. Semasa program ini berlangsung juga pengguna telah diberi peluang oleh pihak Proton Holdings untuk memandu uji beberapa model keluaran mereka yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan.

DSC 0142web