PENYERAHAN PELINDUNG MUKA (FACE SHIELD) KEPADA HOSPITAL SUNGAI BAKAP
SUNGAI BAKAP, 5 MEI 2020 – Wakil dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM), Universiti Sains Malaysia, Wan Mohd Amri Wan Mamat Ali telah membuat penyerahan pelindung muka (Face Shield) sebanyak 1000 unit kepada Dr. Suriani Saaidin, Pengarah Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang pada hari ini. Sumbangan pelindung muka dari MAINPP ini kepada beberapa buah hospital di sekitar Pulau Pinang adalah salah satu initiatif MAINPP untuk membantu petugas-petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak penyakit COVID-19.
Turut hadir sama, Dr. Roslan Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Pelindung muka ini difabrikasi sendiri oleh PPKM, USM dan dijual dengan harga yang berpatutan. Pelanggan yang berminat untuk membeli boleh membuat tempahan di No. Tel: 012-5068684 (Pn. Hasnah Hassan)