Skip to main content

School of Mechanical Engineering

News & Highlights

PROGRAM SIRI WACANA MANTAN DEKAN PPKM

BannerWacana

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik menyambut ulangtahun penubuhan yang ke-30 pada tahun ini. Sempena sambutan ulangtahun, pelbagai aktiviti dan pengisian telah dirancang oleh pusat pengajian termasuk Program Siri Wacana Mantan Dekan PPKM. Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan motivasi kepada staf-staf pusat pengajian melalui perkongsian mantan dekan PPKM berkenaan sejarah penubuhan PPKM dan juga cabaran serta pengajaran yang boleh diambil semasa pentadbiran seseorang dekan. Sekaligus ianya diharap dapat menyuntik idealisme sayangkan pusat pengajian, serta dapat meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai yang diterapkan sejak awal penubuhan pusat pengajian. Dengan memahami masa lalu, program ini juga diharap memberikan inspirasi kepada pusat pengajian untuk terus melangkah ke masa hadapan yang semakin mencabar.

 

Program Wacana Mantan Dekan ini telah dimulai dengan Siri I pada 25 Julai 2019 yang lalu yang telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, iaitu mantan dekan kedua PPKM. Beliau telah menerajui pusat pengajian dari 1 Jun 1991 sehingga 28 Februari 1999.

 

BackdropWacana1

 

Wacana1 3

 

Wacana1

 

Cenderamata yang dihadiahkan kepada YBhg. mantan dekan kedua yang dihasilkan oleh pasukan penolong jurutera menggunakan mesin CNC.

 

Wacana1 2

 

Sesi bergambar bersama jemputan dan staf PPKM

 

Wacana Mantan Dekan Siri II telah diteruskan pada 30 Ogos 2019 yang lalu. Untuk siri kedua ini, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Mohamad, iaitu mantan pertama PPKM telah berkesempatan meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang penerajuan beliau sebagai dekan di pusat pengajian iaitu bermula dari 3 Januari 1989 sehingga 31 Mei 1991. Pada siri kedua ini, pusat pengajian berasa amat bertuah kerana mantan dekan kedua PPKM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, turut hadir memeriahkan lagi program.

 

Wacana2 5

 

Wacana2

 

Wacana2 3

 

Sesi bergambar bersama staf PPKM dan para jemputan.

 

Wacana2 1

 

Saat yang berharga apabila dua mantan dekan bergabung dalam satu gambar.

 

Wacana2 2

 

Mantan-mantan dekan bergambar bersama ahli jawatankuasa Program Siri Wacana Mantan Dekan PPKM.

 

Program ini akan diteruskan lagi ke Siri III pada September 2019 nanti bersama Professor Dr. Zainal Alimuddin Bin Zainal Alauddin iaitu mantan dekan ketiga dan kelima pusat pengajian. Seterusnya, program ini akan ditamatkan dengan Siri IV pada Oktober 2019 nanti yang akan disampaikan oleh Profesor Zaidi Mohd Ripin, iaitu mantan dekan PPKM yang keempat.