Skip to main content

News & Highlights

MPP PPKM dan MECHYS Santuni Mangsa Banjir

7-9 Januari 2022 - Pihak MPP USM Kampus Kejuruteraan telah menghantar pasukan sukarelawan ke Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Pasukan berkekuatan 30 orang pelajar tersebut telah diketuai oleh Naib Yang Dipertua MPP USM Kampus Kejuruteraan, Luqman Haikal bin Mohamad Nizar, pelajar Tahun 4 Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan. Lebih membanggakan, 16 orang pelajar daripada pasukan sukarelawan tersebut merupakan pelajar PPK Mekanik yang terdiri daripada Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Kebanyakan pelajar tersebut merupakan ahli Persatuan Pelajar PPK Mekanik (MECHYS).

 

 1

 

Misi 3 hari 2 malam tersebut telah membantu membersihkan kawasan sekitar Sungai Lui merangkumi halaman rumah penduduk, masjid, dan juga sebuah sekolah rendah. Penduduk setempat telah menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus membersihkan kawasan kampung mereka.

 

2

 

3

 

Pihak PPK Mekanik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar khususnya pelajar PPK Mekanik atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang program tersebut berlangsung. PPK Mekanik menyokong penuh segala aktiviti kesukarelawanan pelajar selaras dengan agenda HEBAT USM. Semoga para pelajar PPK Mekanik dapat terus menabur bakti kepada masyarakat.

Pelajar terlibat:

Tahun 4

1. Luqman Haikal bin Mohamad Nizar

2. Mohammad Shafiq bin Omar

3. Mohamad Ridzuan bin Habidin

Tahun 3

1. Mohamad Fareez Fazrin bin Mohamad Zauqi

2. Mohamad Syahir bin Sezale

3. Nabilah binti Amran

4. Puteri Natasya binti Mohd Razak

Tahun 1

1. Muhammad Nor Asyrani bin Zainal Bahri

2. Muhamad Fikri Hakimi bin Hazlan

3. Muhammad Isma Redza bin Shaidi

4. Muhammad Qurrathul Hussaini

5. Muhammad Wafiq bin Mazlan

6. Nik Ahmad Radzeem bin Nik Mohamed Ariffin

7. Nur Azman bin Azlee

8. Hafizah binti Hussin

9. Najlah Solehah binti Adnan

#KamiMemimpin #MeHEBAT #MECHYSPrihatin