Skip to main content

School of Mechanical Engineering

Connect to Industries

Kursus Solid Modelling dan CADCAM bersama IKBN JItra

Nibong tebal, 15 Julai - Kursus kemahiran bertajuk "Solid Modelling dan CADCAM" telah diadakan bersama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jitra, Kedah Darul Aman  bagi memperkasakan kemahiran pelajar IKBN dalam bidang perisian rekabentuk kejuruteraan dan pemesinan berteknologi tinggi. Matlamat utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam perisian kejuruteraan moden serta pendedahan kepada teknologi pemesinan terkini, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri. Kursus ini dikendalikan di bawah penyelaras projek, Prof Madya Dr Jamaluddin Bin Abdullah, dengan sokongan tenaga pengajar berpengalaman iaitu En. Wan Mohd Amri Bin Wan Mamat Ali, En. Muhammad Fariz Bin Mohamed Zailan, En. Norijas Bin Abd Aziz dan En. Muhammad Zul Hafiz Bin Zuraidi. Kursus ini yang diadakan selama 6 hari telah disertai oleh seramai 25 orang pelajar. Majlis Penutup Kursus akan diadakan pada 15hb Julai 2025, yang turut melibatkan penyampaian sijil kepada para peserta.

 Pic4

Penyampaian sijil oleh dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Prof. Madya Dr. Abdullah Aziz Saad kepada En. Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabami, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal. 

Pic3

Tenaga pengajar USM PPK Mekanik dan peserta IKBN Jitra

Pic2

Lawatan ke makmal CNC