
PELAKSANAAN PROJEK KOMUNITI BERIMPAK TINGGI DI SARIKEI SARAWAK
Sarikei, 17 Mac 2025 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPK Mekanik), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerajui pelaksanaan sebuah projek komuniti berimpak tinggi di bawah Program Pembangunan Komuniti Melalui Inovasi dan Teknologi (YP KIT 2024) anjuran Yayasan PETRONAS.
Projek ini diketuai oleh Ir. Dr. Abdul Haadi bin Abdul Manap bersama Prof. Madya Dr. Khairudin Mohamed yang mengetuai pasukan teknikal bagi pembangunan sistem pemprosesan kopi jenis Liberica berkapasiti 100 kilogram sejam. Projek ini dijalankan di Rumah Mary Suna, Sarikei, Sarawak, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan mesin berskala industri, sistem pengeringan pintar, serta teknologi pemantauan pintar berasaskan Internet of Things (IoT).
Pasukan pelaksana terdiri daripada penyelidik gabungan PPK Mekanik dan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, disokong oleh Peneraju Sarawak serta komuniti setempat yang terlibat secara aktif. Inisiatif ini dijangka memberi impak yang signifikan dari segi ekonomi dan sosial kepada komuniti luar bandar, selain memperkukuh pembangunan teknologi tempatan dan mempercepat kemajuan industri kopi di Malaysia.
Pasukan penyelidik dari USM bersama komuniti Rumah Mary Suna, Sarikei, Sarawak dalam lawatan tapak bagi pelaksanaan Projek YP KIT 2024 – Inovasi Pemprosesan Kopi Liberica. Projek ini diketuai oleh Ir. Dr. Abdul Haadi bin Abdul Manap dan Prof. Madya Dr. Khairudin Mohamed dari PPK Mekanik USM
Aktiviti penilaian pokok dan biji kopi bersama komuniti tempatan. Pemerhatian ini membantu dalam menetapkan spesifikasi mesin pemprosesan yang akan dibangunkan dalam projek
Pasukan teknikal meneliti sampel hasil kopi tempatan untuk mengenalpasti ciri fizikal dan tahap kekeringan yang sesuai sebelum proses rekaan mesin dimulakan. Penilaian ini penting untuk memastikan pemprosesan yang efisien dan konsisten