Skip to main content

School of Mechanical Engineering

News & Highlights

rogram Kesihatan Perkasa Budaya Hidup Sihat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, USM

NIBONG TEBAL, 20 Jun – Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jawatankuasa Kesejahteraan telah menganjurkan dua program berkaitan kesihatan bagi meningkatkan tahap kesedaran warga pusat pengajian tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.

Program pertama berbentuk ceramah kesihatan bertajuk “Penjagaan Kesihatan Secara Holistik dan Alami/Fitrah” yang berlangsung pada 14 Mei 2025 di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Ceramah ini disampaikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Ibnu Sina Wellness, Puan Hakeema Rozainah Abdul Wahab. Program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada warga universiti mengenai aspek penjagaan kesihatan menyeluruh berlandaskan fitrah manusia.

Sementara itu, program kedua merupakan Saringan Kesihatan yang dikendalikan oleh Unit Kesihatan USM Kejuruteraan pada 18 Jun 2025. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah pemeriksaan indeks jisim badan (BMI), pengukuran tekanan darah, pengambilan sampel darah serta konsultansi bersama doktor.

Menurut pihak penganjur, saringan kesihatan ini amat penting kerana ia dapat membantu dalam pengesanan awal penyakit sekali gus meningkatkan kesedaran staf terhadap status kesihatan masing-masing.

Kedua-dua program ini disambut baik oleh warga pusat pengajian yang hadir dan diharap dapat memberi impak positif dalam melahirkan warga kampus yang lebih sihat dan produktif.

photo 1 2025 08 31 08 09 01

photo 3 2025 08 31 08 09 01

photo 4 2025 08 31 08 09 01

photo 5 2025 08 31 08 09 01