
🌿 PROGRAM SISWA LESTARI: HARI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIK
24 September 2026, Khamis — Program Siswa Lestari, Hari Bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM), Universiti Sains Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bagi menyambut dan memberikan pendedahan awal kepada siswa baharu Sidang Akademik 2026/2027. Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 6 dan seterusnya di PPKM.
Â
Program dimulakan degan sesi taklimat pertama iaitu Taklimat Pendaftaran Kursus yang disampaikan oleh Cik Sheilawanis Abdul Karim, Pegawai Tadbir, yang memberikan penerangan berkaitan proses dan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh siswa dalam urusan pendaftaran kursus dan beberapa perkara penting seperti pengurusan kad siswa dan lain-lain.


Â
Seterusnya, siswa baharu mengikuti Taklimat Akademik & Outcome-Based Education (OBE) yang disampaikan oleh Dr. Mohd Ikhwan Zaini Ridzwan, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa). Sesi ini memberi pendedahan kepada siswa berkaitan aspek akademik serta pelaksanaan OBE dalam pengajian mereka di PPKM.


Acara kemudiannya diteruskan dengan Taklimat & Ucapan Utama oleh Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad, Dekan PPKM. Sesi ini menjadi antara pengisian utama program dalam memberikan amanat dan panduan kepada siswa baharu dalam memulakan perjalanan akademik mereka di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Dalam sesi tersebut, Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad, Dekan PPKM, turut memperkenalkan barisan warga kerja yang berkhidmat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik kepada siswa baharu. Pengenalan dimulakan dengan Pengurusan Tertinggi Pusat Pengajian, diikuti Ahli-Ahli Exco PPKM, Staf Akademik, Staf Pentadbiran serta Staf Teknikal.

Sesi pengenalan ini memberikan peluang kepada siswa baharu untuk mengenali dengan lebih dekat warga PPKM yang akan bersama-sama menyokong, membimbing dan membantu mereka sepanjang menjalani kehidupan akademik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Ia turut menjadi platform untuk mewujudkan hubungan yang lebih dekat antara siswa baharu dengan warga PPKM serta menyemai rasa kebersamaan sebagai sebahagian daripada keluarga PPKM.
Selesai sesi utama, para siswa bersama warga PPKM mengambil kesempatan untuk sesi bergambar sebelum bergerak ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik bagi meneruskan pengisian program.
Sesi pagi diteruskan dengan Taklimat Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Mekanik yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Zhafran Ahmad Mazlan, serta Taklimat Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan oleh Dr. Hasnida Ab Samat. Kedua-dua sesi ini memberi peluang kepada siswa untuk mengenali dengan lebih dekat program pengajian serta hala tuju akademik masing-masing. Turut diadakan Taklimat Pemindahan Kredit yang disampaikan oleh Dr. Mohd Ikhwan Zaini Ridzwan, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), bertempat di Bilik Persidangan.
Pada sesi petang pula, program diteruskan dengan Perjumpaan Bersama Penasihat Akademik. Sesi ini memberi ruang kepada siswa baharu untuk berinteraksi dan mendapatkan panduan secara lebih dekat daripada penasihat akademik masing-masing berkaitan perjalanan pengajian di PPKM.
Program turut diserikan dengan Lawatan Makmal yang melibatkan fasiliti seperti General Workshop, CAD Lab dan CNC Lab. Lawatan ini memberikan peluang kepada siswa untuk melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang bakal menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran mereka sepanjang berada di PPKM.

Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Siswa Lestari ini.
Selamat datang dan selamat memulakan lembaran baharu kepada semua siswa baharu Sidang Akademik 2026/2027. Semoga perjalanan anda di PPKM dipenuhi dengan ilmu, pengalaman dan kejayaan yang membanggakan. 🌿🎓
Selamat datang ke keluarga PPKM! 💙



Â






#MeHEBAT
#SiswaLestari2026
#HariBersamaPPKM
#USM
#SidangAkademik20262027
#MechanicalEngineering
#SelamatDatangSiswaBaharu
