
BENGKEL PENDIGITALAN BORANG PENAWARAN KURSUS (BPK) BAGI PROGRAM PRASISWAZAH DAN PASCA SISWAZAH PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIK
Bengkel Pendigitalan Borang Penawaran Kursus (BPK) ini dianjurkan bagi memperkukuh usaha transformasi digital dalam pengurusan akademik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Bengkel ini memberi tumpuan kepada proses penambahbaikan dan pemodenan sistem pengurusan borang penawaran kursus bagi program prasiswazah dan pasca siswazah agar lebih sistematik, efisien dan mesra pengguna.
Kaedah pendigitalan borang secara bersepadu, termasuk penggunaan platform digital yang dibangunkan oleh Pusat Transformasi Digital (PTD) USM , dapat menyelaraskan dokumen secara atas talian.






